THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, July 23, 2009

TAMADUN 2

PERPEKTIF BARAT

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN
  • penempatan masyarakat

penempatan masyarakat menggambarkan kewujudan tempat tinggal sesebuah masyarakat pada zaman pra sejarah. dikarangkan oleh ahli sejarah bahawa penempatan terawal masyarakat pra sejarah adalah di kawasan gua, tepi-tepi sungai dan kawasan pedalaman. contoh paling mudah ialah gua niah, tingkayu dan sungai indus.

  • peningkatan kualiti hidup

peningkatan kualiti hidup adalah merujuk kepada penguasaan sesuatu kerja yang semakin meningkat daya kelakuannya. kualiti hidup ini diukur dengan bagaimana cara hidup sesuatu masyarakat itu berkembang. selalunya ia dikaitkan dengan sistem petempatan dan alat-alat mudah yang digunakan oleh sesebuah masyarakat.contoh paling mudah ialah perpindahan sesebuah masyarakat dari suatu tempat ke suatu tempat buntuk tujuan pertanian dan ini dapat menunjukan penigkatan cara hidup kerana semestinya cara hidup sesuatu kawasan akan berbeza dengan kawasan yang lain.

  • sistem organisasi dan institusi sosial

sesuah masyarakat yang bertamadun semestinya harus mempunyai sistem sosial yang lengkap untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan sesebuah masyarakat secara amnya. pada zaman pra sejarah sistem sosial tidak dapat dilihat dengan begitu jelas kerana tidak ada sistem pemerintahan yang sistematik. namun demikian, tamadun awal manusia digambarkan mempunyai sitem sosial yang dikenali sebagai sistem beraja. secara umunya sistem sosial tamadun awal terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang diperintah dan memerintah. golongan memerintah terdiri daripada raja dan bangsawan/pembesar. manakala, golongan diperintah terdiri daripada rakyat dan hamba.

  • sistem bahasa dan tulisan

bahasa dan tulisan juga amat penting bagi sesebuah ta,adun awal kerana bhasa merupakan medium perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain. bahasa secara ringkasnya merupakan alat komunikasi tamadun sehinggalah sekarang. tidak cukup dengan itu tulisan juga penting bagi sesebuah tamadun. ia digunakan sebagai alat perhubungan dalam urusan rasmi. tulisan yang terawal adalah seperti tulisan sanskrit.

Monday, July 20, 2009

TAMADUN

menurut Ibnu Khaldun, menerusi buku karyanya yang berjudul Al-Mukaddimah mengatakan bahawa tamadun merujuk kepada perkataan 'umran' yang membawa erti tamadun. manakala Barat pula mengungkaakan tamadun dalam perkataan 'Civilisation' pada abad ke 18 namun istilah itu hanya digunakan di barat pada ketika itu. seterusnya Dewan Bahasa dan Pustaka pula menyifatkan tamadun sebagai 'kebudayaan, kemajuan dan peradaban.'

menurut istilah Arab, tamadun dirujuk kepada perkataan Maddana atau Madana yang membawa maksud pembangunan kawasan (meterial) dan akhlak (rohani). maddana juga dikaitkan dengan perkataan Madinah yang membawa maksud bandar, mudun ( bandar-bandar) dan perkatan modern. seterusnya pandangan islam pula mengatakan bahawa tamadun dirujuk dengan perkataan bahasa arab yang berbunyi 'Al-Din' yang bermaksud cara hidup... sebab itu Islam dikatakan bukan sebuah agama tetapi sebuah cara hidup yang merangkumi agama, politik, ekonomi dan sebagainya yang membawa maksud cara hidup.

secara konklusinya.... Tamadun dapat diertikan dengan enam istilah utama iaitu Umran, Hadarah, Madaniyyah, Thaqafa, Nahdah dan Tamaddun.

perkataan pertama yang merujuk kepada ketamadunan ialah Umran dan hadarah. Umran berasal daripada perkataan Amra yang membawa maksud tempat tinggal. manakala Hadarat pula membawa maksud 'kehidupan menetap' dalam satu wilayah, daerah, bahagian ibu kota, bandar dan kampung. pada kurun ke 20 barulah perkataan Madaniyyat dijadikan istilah bagi merujuk erti tamadun. selain itu, dalam bahasa melayu yang turut dipengaruhi dengan istilah arab mengatakan tamadun sebagai sebuah perdaban. dari segi bahasa tamadun disimpulkan sebagai pembangunan dari segi dua aspek utama iaitu rohani dan jasmani atau lebih dikenali sebagai istilah berkonsepkan spiritual dan fizikal.

Saturday, July 18, 2009

BAGAIMANA EMPAYAR ALAM MELAYU MENGUKUHKAN KEGEMILANGANNYA...

Empayar merupakan sesebuah kerajaan yang memerintah dan mentadbir sesuatu kawasan dan sesebuah kawasan jajahannya. di nusantara, terdapat tiga empayar yang terkenal dengan keagungan pemerintahannya iaitu Empayar Melaka, Empayar Srivijaya dan Empayar Majapahit. ketiga-tiga empayar ini dikenali sebagai Empayar Alam Melayu. sememangya, empayar ini terkenal dan mahsyur pada abad ke-15. namun, semestinya terdapat pelbagi faktor yang menyebabkan empayar Alam Melayu dapat mengukuhkan kegemilangannya.
Salah satu faktor yang menyebabkan empayar Alam Melayu dapat mengukuhkan kegemilangannya ialah kedudukan yang strategik. kedudukan yang strategik amat penting untuk memastikan sesebuah kawasan itu dikenali dan mahsyur di mata dunia. jika kita teliti kedudukan Empayar Melaka umpamanya, kita amat mengetahui bahawa empayar ini amat strategik kerana berada di tengah-tengah laluan pedagang dari tanah besar china ke india dan arab. tidak cukup dnegan itu, melaka jaga terlindung daripadsa tiupan angin monsun barat daya dan tiupan angin monsun timur laut. kelebihan yang dimiliki oleh melaka inilah menjadikan ia sebuah tempat persinggahan para pedangan dari china, india dan arab untuk berlindung daripada tiupan angin monsun untuk beberapa ketika. apabial melaka menjadi tempat persinggahan para pedagan dunia, sudah pasti secara tidak langsung ia akan terkenal di mata para pedagang dan sekali gus dapat membolehkannya mengukuhkan kegemilangannya. jadi, jelaslah bahawa kedudukan yang strategik merupakan faktor empayar alam melayu dapat mengukuhkan kegemilangannya.
selain itu, faktor perkahwinan juga merupakan elemen penting bagi empayar alam melayu mengukuhkan kegemilangannya. perkahwianan adalah ikatan yang terjalin daripada dua buah pihak melalui ikatan pernikahan. ikatan pernikahan atau perkahwinnan inilah yang dijadikan oleh para pemerintah pada zaman dahulu untuk memperluaskan pengaruhnya. sebagai contoh, sultan melaka telah mengahwini puteri raja pasai dan akibat daripada perkahwinan tersebut, kekuatan melaka dan pasai dapat ditingkatkan. kerjasama politik dan diplomasi juga membantu kedu2 kawasan ini maju seiring dan muncul sebagai sebuah empayar yang maju. sedar atau tidak sebenarnya melalui kronolgi cerita perkahwianan ini membantu empayar alam melayu mengukuhkan kegemilangannya.
LAIN-LAIN FAKTOR:
KEWIBAWAAN PEMIMPIN
patih maja gajah
hayam wuruk
KETENTERAAN DAN PERTAHANAN
tun perak
penggunaan lanun dan orang laut
HUBUNGAN DIPLOMASI
diplomasi dengan china
ufti tanda terima kasih
HASIL BUMI
banyak hasil bumi
cukai yang berpatutan

Thursday, July 16, 2009

sEjaraH

walaupun pada hakikatnya sejarah dikatakan subjek yang amat membosankan oleh sebahagian besar masyarakat kita pada hari ini... namun, sejarah itu sebenarnya sesuatu yang indah yang penuh dengan keistimewaan sendiri... sejarah sebenarnya menceritakan kronologi cerita perkembangan tamadun manusia sehinggalah pada hari ini... sedar atau tidak sesaat yang baru berlalu juga disebut sebagai sejarah dan ia tidak boleh diabaikan walaupun semua orang cuba untuk melupakan semua yang telah beralaku... kita harus dan sewajarnya meneliti kembali bagaimana keadaan cerita pada masa lampau agar kita dapat mengetahui siapa kita dan jati diri kita yang sebenarnya.. sejarah itu boleh diubah persepsinya daripada yang membosankan kepada yang indah jika kita menghayati keindahan sejarah lampau itu sepenuh hati... saya unjurkan suatu kisah yang dilalui oleh semua menusia yang bergelar insan... manusia sememangnya tidak terlepas daripada perkataan CINTA... cinta itu amat membosan kan kerana terdapat pelbagai unsur pengulangan dalam percintaan... contohnya, lafaz I LOVE U.. u buat apa?, nak makan kat mana?, sihatka?, gud nite, dan sebagainga seringkali di ucapkan oleh setiap pasangan yang bercinta... tapi ia tidak menjadi suatu kebosanan kerana ia didasari dangan penghayatan cinta sepenuh rasa dan hati.. nah, begitulah perbandingannya... andai sejarah itu dihayati dengan sepenuh rasa pasti ia akan indah dan menjadi subjek pilihan pertama olah segelinap lapisan pelajar yang ada dalam masyarakat kita pada hari ini...