THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 13, 2009

Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SKSE1033: KERAJAAN DAN MASYARAKAT MELAYU

SESI 2008/2009
SEMESTER 1

SOALAN:
BINCANGKAN SISTEM SOSIAL MASYARAKAT MELAYU PADA ZAMAN TRADISIONAL

NAMA PENSYARAH:
PROF NORDIN HUSSAIN
PROF MADYA DR. KHAZIN BIN MOHD TAMRIN
DR RAHILAH BINTI OMAR

NAMA PELAJAR:
SAH REZAN BIN ABDUL SALAM A130115

TARIKH HANTAR:
14 OGOS 2009
1.0 PENDAHULUAN

Secara umumnya, istilah “sistem” dapatlah diertikan sebagai
‘A set arrangement of things so related or connected as to form a unity or organic whole… A set of facts, principles, rule etc. Classified or arranged in regular, orderly form so as to show a logical plan linking the varios part.”[1]

Sekiranya dirujuk kepada pengertian ini, maka secara tidak langsung istilah sistem dapatlah diertikan sebagai sesuatu set fakta, prinsip dan peraturan yang wujud tersusun dan mempunyai perkembangan. Apabila fakta atau bukti, prinsip dan peraturan yang membawa perkembangan ini digabungkan dengan bahagian-bahagian kecil dalam sosial masyarakat Melayu, maka dapatlah kita ikuti akan sistem atau peraturan dalam masyarakat Melayu pada zaman tradisional dahulu.

Daripada pandangan lain pula, istilah ‘sistem’ dirujuk sebagai satu set fakta, prinsip dan peraturan yang wujud secara tersusun dan teratur. Apabila fakta, prinsip dan peraturan ini digabungkan ia akan membentuk suatu penyatuan yang menyeluruh. Dalam konteks kemasyarakatan pula, dengan adanya sistem maka anggota masyarakat boleh hidup teratur dan tersusun kerana dipandu oleh fakta, pentadbiran dan politik[2]. Manakala, menurut Kamus Dewan ‘sistem’ dapatlah diertikan sebagai cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu aturan.

Perkataan ‘sosial’ dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat luas meliputi segala aspek yang berrkaitan dengan masyarakat. Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi sistem sosial, stratifikasi sosial, struktur sosial, perhubungan antara anggota masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk kepercayaan.[3] Dalam konteks masyarakat tradisional, sistem sosialnya merupakan struktur masyarakat yang belum menerima pengaruh peradaban Barat.


2.0 ASAL-USUL MELAYU

Orang Melayu Asli atau orang Melayu Pesisir berhijrah dari Yunan ke Tamnah Melayu pada penghujung zaman Gangsa Besi (300 SM). Kumpulan pendatang ini dikenali sebagai orang ‘Deutro-Malaya’. Orang ‘Detro-Malaya’ ini berketurunan bangsa Mongol yang tergolong dalam bangsa Austronesia. Golongan ini memulakan perpindahan dari Yunan melalui lautan Asia Tenggara serta lautan Oceania ke Filipina dan Timur Indonesia lalu tiba ke Borneo sebelum tibanya di Tanah Melayu. Melalui sejarah kewujudan bangsa Melayu ini, dapatlah kita simpulkan sebagai bangsa Melayu ini tersebar secara meluas di kawasan Nusantara sehingga terbentuknya beberapa kawasan yang menjadi kediaman orang Melayu sehingga hari ini seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Dari aspek arkeologi pula membuktikan bahawa sebelum terjadinya zaman Batu, semua kawasan Nusantara adalah bercantum. Pada zaman ini, migrasi tela dilakukan oleh masyarakat sebelum kejadian perubahan iklim berlaku yang mengakibatkan Nusantara itu terurai. Semasa zaman Neolitik (2500 SM), manusia yang dikenali sebagai Proto-Malaya dan Mongolid Indonesia telah wujud di Nusantara sebelum kehadiran kumpulan ‘Deutro-Malaya’.

Kajian ini dikuatkan lagi dengan fakta daripada Sejarah Melayu yang menyatakan memang wujud Kerajaan Melayu di Nusantara seperti Kerajaan Srivijaya (abad ke-5), Kerajaan Majapahit (abad ke-14) dan Kerajaan Melaka (abad ke-15). Kesemua kerajaan tersebut dikatakan ditadbir oleh orang Melayu. Jadi, dapatlah dikatakan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Nusantara.

3.0 HERARKI SOSIAL MASYARAKAT MELAYU

Herarki merupakan susunan sesebuah masyarakat yang bakal membentuk pentadbiran. Herarki ini menggambarkan kedudukan sesuatu golongan atau kelompok dalam masyarakat. Bagi masyarakat Melayu tradisional, sistem sosial atau herarkinya bersifat feudal. Raja atau Sultan berkuasa dan menduduki tempat tertinggi dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Herarki masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat dan kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya. Dari aspek demografi pula, kedudukan masyarakat dapat dikategorikan mengikut jumlah pemilikan harta, reka bentuk rumah, gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam pertuturan.

GOLONGAN YANG MEMERINTAH

3.1 Raja/Sultan/Yang Dipertuan

Pada zaman Melayu tradisional, raja dianggap sebagai pemerintah yang berdaulat dan amat mulia. Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi. Melalui pengagungan Raja ini maka timbullah konsep Daulat dan Derhaka. Sesiapa yang ingkar kepada perintah Raja akan dihukum bunuh akibat tulah yang mereka hadapi. Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang pembesar Sultan telah dibunuh kerana didapati ingin menderhakai sultan, walhal, beliau bertindak atas dasar kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan keadilan untuk menuntut bela kematian ayahnya[4].

Secara umumnya, Sultan berperanan penting dalam tiga aspek utama iaitu politik, sosial dan ekonomi. Dari segi politik, Sultan berperanan sebagai ketua kerajaan yang memerintah secara mutlak dan dibantu oleh pembesar yang bertindak sebagai penasihat. Selain itu, baginda juga berperanan sebagai pemimpin utama angkatan tentera di mana baginda akan mengepalai angkatan tentera bagi mempertahankan negeri dan meluaskan jajahan taklukan. Di samping itu, baginda juga merupakan ketua Agama Islam dan penggubal undang-undang.

Daripada aspek sosial pula, baginda bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat dengan menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat. Oleh sebab itu, Sultan menjadi tempat mengadu masalah dan dijadikan simbol perpaduan. Seterusnya, bagi aspek ekonomi pula. Sultan berperanan penting dalam mengawal kewangan kerajaan. Maka dengan itu, Sultan telah meminta rakyat agar memberikan hasil kegiatan ekonomi kepada kerajaan. Hasil ini dikutip melalui sistem cukai yang telah diperkenalkan.
3.2 Keluarga dan Kerabat Diraja

Kedudukan dan status kedua tertinggi selepas Sultan ialah golongan anak raja dan kerabat diraja. Mereka merupakan golongan yang mempunyai jurai keturunan Sultan yang memerintah sesebuah kerajaan. Mereka ini diberi gelaran sebagai Raja atau Tengku. Anak raja sebenarnya tidak semestinya seorang putera kepada Sultan yang sedang memerintah. Anak raja atau putera puteri raja Sultan juga mempunyai keistimewaan yang sama dengan Sultan. Namun demikian, keistimewaan yang diberikan kepada anak raja tidak melebihi keistimewaan Sultan sebagai ketua kerajaan. Antara keistimewaan anak raja ialah mempunyai payung putih dan menggunakan ‘bahasa dalam’. Dalam kalangan golongan keluarga dan kerabat diraja ini, terdapat beberapa orang yang mempunyai kedudukan yang lebih istimewa hasil daripada hubungan yang rapat dengan Sultan. Antaranya ialah hak keistimewaan dalam politik negeri.

3.3 Pembesar

Anggota masyarakat yang paling hampir dengan pihak bangsawan ialah golongan pembesar. Secara umumnya, masyarakat melayu tradisional menggunakan sistem pembesar empat lipatan yang tediri daripada Bendahara, Penghulu Bandahari, Temenggung dan Laksamana.

3.3.1 Bendahara

Bendahara merupakan ketua eksekutif seluruh mekanisme pentadbiran melayu tradisional. Jika Sultan mempunyai kuasa spiritual dan divine. Bendahara pula mempunyai pemerintahan secara fizikal. Taraf Bendahara lebih tinggi berbanding pembesar yang lain apabila beliau merupakan golongan ketiga selepas kedudukan Sultan. Semasa ketiadaan Sultan, Bendahara mempunyai hak untuk memangku tugas dan peranan Sultan[5], dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja(Penghulu Bendahari) dan Seri Bija Diraja. Beliau akan menjadi ketua turus tentera, ketua hakim dam ketua ‘di balai sendiri’ kedudukan Bendahara dibuktikan melalui kedudukan beliau semasa di balairung istana di mana beliau duduk di sebelah kanan Sultan[6]. Selain itu, Bendahara juga turut dianugerahkan usungan untuk berjalan-jalan. Keistimewaan Bendahara telah disentuh dalam Sejarah Melayu yang menerangkan seperti berikut;

“…jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar (Bendahara) duduk di balai, jikalau anak-anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan maka turuninya; dan jikalau Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu akan dibentangi permaidani; jikalau raja masuk maka Bendahara pulang, dan segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya pergi menghantar Bendahara kembali ke rumahnya…”[7]

Dalam jawatan Bendahara, tiada sistem yang tetap dalam perlantikan jawatan ini. Oleh sebab itu, Bendahara selalunya akan dilantik daripada pembesar kanan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan. Kebiasaannya, Bendahara adalah merupakan bapa saudara Sultan sendiri.

3.3.2 Penghulu Bendahari

Penghulu Bendahari menduduki tempat kedua selepas Bendahara dalam golongan pembesar dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Penghulu Bendahari mempunyai peranan utama dalam memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Para pembesar yang berada di bawah bidang kuasanya ialah bendahari-bendahari, pemegang hasil negeri, syahbandar-syahbandar dan hamba-hamba raja[8]. Penghulu sebenarnya merupakan ‘Menteri Kewangan’ dan beliau menjalankan tugas dengan menjadi wakil yang menerima ufti daripada kawasan taklukan kerajaan. Selain itu, penghulu Bendahari juga boleh dititahkan untuk menjadi ketua angkatan tentera perang untuk menyerang negeri asing seperti Melaka menentang Kampar.



3.3.3 Temenggung

Pembesar yang ketiga ialah Temenggung. Temenggung berperanan sebagai Ketua Keamanan Negeri[9]. Temenggung juga menjadi ‘pengatur’ orang makan di balai istana. Menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim, menangkap orang yang melakukan kesalahan, membaiki keadaan pasar dan pekan, dan ketua perancang bandar dan jalan raya. Kecuaian yang dilakukan oleh Temenggung akan menjadikan sesebuah negeri huru-hara. Sebenarnya, tugas temenggung ada dibicarakan dalam Undang-undang Melaka seperti berikut;
“Adapun hukum yang diserahkan kepada Temenggung itu barang yang dihukumkan di dalam negeri seperti tahafus-mentafahus dan seperti tengkap-menangkap orang yang jahat di dalam negeri.”[10]

Selalunya, Temenggung dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar itu sendiri. Umpamanya, Tun Mutahir yang menjadi Temenggung Melaka adalah anak kepada Seri Nara Diraja Tun Ali dan anak saudara kepada Tun Perak.

3.3.4 Laksamana

Jawatan terakhir dalam sistem empat lipatan dalam herarki zaman tradisional Melayu ialah Laksamana. Sebelum jawatan ini wujud, jawatan sebagai ketua angkaatan tentera laut dipegang oleh Hulubalang Besar. Jawatan ini merupakan monopoli orang melayu dari Bentan yang bergelar Seri Bija Diraja. Tokoh yang terkenal ialah Tun Hamzah (Datuk Bongkok) dan Tun Ketuyup (yang dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah).

Apabila jawatan Laksamana diperkenalkan oleh Sultan Mansor Syah, jawatan ini mula dipegang oleh Laksaman Hang Tuah yang merupakan golongan kebanyakan. Pada awalnya, taraf Hulubalang dan Laksamana adalah sama tetapi lama-kelamaan ianya berbeza. Dalam acara pencercaan, Laksamana dan Temenggung ditugaskan untuk mengawal keselamatan Bendahara. Dalam hal ini dapat menunjukkan kedudukan kedua-dua pembesar ini hampir sama. Rakyat yang biadap menentang Bendahara akan dibunuh oleh Temenggung atau Laksamana.

Tugas-tugas utama Laksamana ialah ketua organisasi angkatan laut, pembawa utusan diraja dan pengawal peribadi Bendahara.

Bagi jawatan Laksamana, ia diganti mengikut lunas kekeluargaan. Contohnya, pengganti-pengganti kepada Laksaman Hang Tuah ialah Laksamana Khawaja Hassan, iaitu menantunya, dan kemudian Hang Nadim yang juga menantu beliau. Seperti Bendahara, Laksamana juga dikurniakan usungan.

3.3.5 Syahbandar

Syahbandar juga merupakan pembesar yang terpenting pada zaman Melayu tradisional walaupun tidak tergolong dalam pembesar empat lipatan. Syahbandar bererti ‘pemerintah pelabuhan’ yang diambil daripada perkataan Parsi. Syahbandar menjadi ketua organisasi pelabuhan dan wakil saudagar-saudagar asing. Syahbandar diletakkan di bawah bidang kuasa Penghulu Bendahari. Menurut Tome Pires[11], kehadiran empat orang Syahbandar di Melaka menandakan kehadiran ramai pedagang daripada berbagai-bagai kumpulan etnik.

Sebenarnya, jawatan Laksamana dan Syahbandar adalah kerana keperluan semasa. Hal ini kerana sumber ekonomi zaman tradisional Melayu pada ketika itu bergantung kepada kegiatan laut, terutama perdagangan dan perniagaan. Oleh itu, Laksamana diperlukan untuk mengawal keselamatan laut. Manakala, kelancaran dan kepimpinan diperlukan di kawasan pelabuhan untuk memudahkan urusniaga sehingga terciptanya jawatan Syahbandar. Keadaan ini sehinggakan menyifatkan Laksamana sebagai ‘raja di laut’ dan syahbandar sebagai ‘raja di pelabuhan’.



3.4 Ulama

Golongan yang dikatakan penting dalam masyarakat tradisional Melayu ialah golongan ulama. Golongan ini merupakan golongan intelek dan alim ulam yang pakar dalam hal ehwal agama Islam. Ekoran daripada kepentingannya dalam sistem sosial masyarakat Melayu, maka golongan ini telah diangkat darjatnya dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Biasanya, golongan ini terdiri daripada masyarakat yang mempunyai keturunan Arab-Melayu. Golongan ini digelar sebagai maulana, makhdum, kadi dan pendeta tasawuf. Lazimnya, mereka juga turut menggunakan gelaran kebesaran seperti Maharaja Kadi, Dato’ Mufti Seri Utama dan Imam Maharaja. Golongan ini sebenarnya hanya mula memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu selepas tersebarnya Islam ke Nusantara. Pada mulanya, mereka mengajar asas agama Islam. Namun, apabila Islam berkembang dengan pesat, mereka mula mengajar ilmu dalam bidang tasawwuf, tafsir, dan hadis.

Selain itu, golongan ini juga telah dilantik oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua agama, kadi dan bertugas menasihati Sultan dalam bidang hukum syarak. Oleh itu, golongan ulama ini dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan.

Seterusnya, pendeta pula merupakan golongan yang pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Golongan ini mempunyai bilangan yang sedikit dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, mereka menjadi rujukan Sultan dan golongan istana selain menjadi perawi Sultan.

GOLONGAN DIPERINTAH

3.5 Rakyat

Rakyat merupakan lapisan pertama dalam golongan yang diperintah dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Rakyat merupakan golongan yang terbesar dalam masyarakat Melayu. Fungsi utama rakyat adalah dari aspek mental, fizikal, dan tradisi ialah menyokong dan patuh kepada institusi raja dan pembesar. Sebahagian besar daripada golongan rakyat adalah orang Melayu dan selebihnya adalah orang asing dan Orang Laut yang terlibat dalam kegiatan ekonomi sebagai pedagang, peniaga, pedagang-mubaligh dan senteri yang menyebarkan agama Islam.

Rakyat kebiasaannya menjadi pengikut atau pengiring pembesar-pembesar dan raja sebagai hulubalang. Mereka juga terlibat secara langsung dalam apa jua jenis perang yang melibatkan kerajaan. Sejarah Melayu ada menyebut bahawa orang asing juga terlibat dalam kumpulan ini seperti Khawaja Baba, Naina Isahak dan Sayyid Ahmad[12].

Selain itu, rakyat biasa juga terdiri daripada golongan peniaga dan saudagar. Mereka ini mempunyai taraf ekonomi yang lebih rendah daripada golongan buruh kasar dan tukang mahir.

3.6 Orang Asing

Selain daripada empat golongan yang terdapat dalam herarki masyarakat tradisional Melayu, terdapat lagi sebuah golongan yang turut terlibat dalam masyarakat sosial pada zaman tradisional Melayu iaitu golongan ‘orang asing’. ‘orang asing’ turut dikenali sebagai ‘orang dagang’ dan ‘orang perantau’ yang terdiri daripada dua jenis utama. Pertama, golongan yang terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan sosial seperti tentera upahan yang kebanyakannya daripada Jawa dan Pasai selain sebagai mubaligh. Kedua, mereka yang terlibat dalam aspek ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan sehingga menjadi pemborong dan peniaga besar. Golongan yang terlibat dalam kerja mahir juga dipelopori oleh golongan asing seperti dalam perlombongan bijih yang didominasi oleh golongan Cina.

Secara umumnya, ‘orang asing’ ini dikategorikan kepada dua kumpulan. Pertama mereka yang menetap terus di Tanah Melayu. Manakala, golongan kedua adalah mereka yang menjadi pengunjung sekali-sekala untuk tujuan perdagangan dan perniagaan. Antara golongan ‘orang asing’ pada zaman tradisional Melayu ialah orang Cina, Keling (Tamil), Gujerat, suku-suku dari Arab, Ghori, Parsi dan Siam.


3.7 Hamba

Institusi perhambaan di dalam masyarakat tradisional Melayu dikaitkan dengan tradisi perhambaan di Tanah Arab atau Islam dan wujudnya sistem kasta dalam kepercayaan Hindu. Sebenarnya, institusi perhambaan ini wujud akibat daripada dorongan keperluan dan kepentingan sosial serta ekonomi masyarakat melayu. Hamba berfungsi menyediakan tenaga manusia bagi menyokong dan menjalankan pelbagai jenis kerja yang wujud dalam masyarakat. Hamba dikatakan mampu meningkatkan taraf hidup pemiliknya kerana semakin ramai hamba yang dimiliki oleh seseorang, semakin tinggi taraf hidup dan kukuh ekonominya. Contoh yang paling ketara ialah Tun Mutahir yang mempunyai ratusan hamba dan dianggap sebagai orang terkaya pada ketika itu.

Hamba terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu hamba biasa hamba berhutang dan hamba raja.

3.7.1 Hamba Raja

Pertama sekali adalah golongan hamba raja. Mereka terdiri daripada orang yang merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah, kemudian tertangkap lalu mendapat keampunan daripada sultan, dan berjanji akan menjadi hamba turun temurun.dengan cara ini mereka kan terlepas daripada menerima hukuman atas kesalahan yang mereka lakukan. Selain itu, golongan ini juga terdiri daripada tawanan perang atau banduan. Haamba raja juga dikenali sebagai ‘biduanda’ yang melakukan hampir kesemua jenis pekerjaan. Hamba raja ini mendapat perlindungan daripada pihak pemerintah.[13] Golongan hamba raja ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding dua kelompok hamba yang lain sehingga sesiapa yang membunuh hamba raja akan mendapat hukuman yang berat seperti yang dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka sebagai:

“Adapun jikalau hamba rajin dan segala hartanya (si pencuri) itu dirampas. Jikalau nakhoda sekalipun demikian juga hukumannya”.[14]

3.7.2 Hamba Biasa

Hamba biasa terdiri daripada tiga kelompok kecil iaitu abdi, dengan dan hamba. Hamba daripada golongan ini biasa diperoleh melalui pembelian dan pertukaran tuan. Golongan ini menjadi hamba seumur hidup secara turun-temurun.

Hamba abdi terbahagi pula kepada beberapa jenis. Hamba abdi yang pertama ialah hamba tawanan yang menjadi hamba apabila tertawan dalam sesebuah peperangan. Kedua ialah hamba diranggah iaitu hamba yang bukan daripada orang Islam yang ditawan seperti Batak dan orang asli atau penduduk Islam lain di rantau ini yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi termasuk mereka yang ditawan oleh lanun dan menjadi hamba. Hamba abdi yang ketiga ialah kamba habsyi iaitu hamba yang diimport dari Afrika. Kebanyakan mereka merupakan orang kulit hitam yang dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji di Makkah. Terdapat juga hamba afrika yang dibawa oleh penjajah Eropah.

Selain itu, dalam hamba abdi juga terdapat hamba hulur. Hamba hulur merupakan mereka yang melakukan kesalahan jenayah dan mereka yang menyerah diri kepada pemerintah kerana tidak mampu untuk membayar semula hutang darah atau denda. Manakala, hamba serah pula mereka yang menghadapi kesukaran hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang sanggup memberikan makanan atau nafkah hidup. Akhir sekali ialah hamba keluarga atau anak hamba yang merupakan anak dan isteri kepada hamba abdi.[15]

3.7.3 Hamba Berhutang

Hamba yang kedua iaitu hamba berhutang merupakan golongan yang tidak dapat membayar hutang kepada si pemiutang. Golongan hamba berhutang ini pada asalnya merupakan golongan orang yang merdeka. Oleh kerana tidak mampu membayar hutang, maka mereka terpaksa menjadi hamba berhutang untuk melunaskan hutan-hutang mereka. Lebih memeritkan lagi apabila bukan sahaja mereka yang menjadi hamba, tetapi turut dialami oleh anak-anak dan isteri sebagai hamba tebusan. Tempoh perkhidmatan hamba berhutang adalah sehingga hutang tersebut telah selesai dibayar seperti yang telah dijanjikan. Hamba berhutang melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah bercucuk tanam, melombong, kerja-kerja domestik dan lain-lain.

Hamba berhutang sebenarnya terbahagi kepada empat bahagian yang kecil. Pertama ialah orang berhutang. Orang berhutang merupakan orang yang terikat dengan hutang dan akan dibebaskan selepas menjelaskan hutang tersebut. Kedua ialah anak emas yang merupakan orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan iaitu hamba lelaki yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat kepada tuannya. Seterusnya merupakan hamba waris yang merupakan isteri dan anak-anak hamkba orang berhutang. Akhir sekali ialah hamba bayar yang merupakan abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain untuk tujuan membayar hutang tuannya kepada pemiutang.

Sesuatu yang menarik dalam golongan hamba ialah mereka dilindungi oleh Hukum Kanun Melaka yang menyebut bahawa hamba terlindung daripada kezaliman. Hamba bebas untuk bergerak seperti mengambil upah daripada orang lain.[16] Hasil pendapatan boleh disimpan sendiri atau diberikan kepada tuan mereka. Kedudukan sosial hamba ini dibicarakan secara panjang lebar dalam Hukum Kanun Melaka.[17]

4.0 KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

4.1 Adat Resam

Adat resam merupakan suatu perbuatan yang menjadi kebiasaan tetap dan dihormati oleh masyarakat. Perbuatan yang diikuti tadi akan menjadi adat dan amalan dalam kehidupan harian mereka. Adat resam masyarakat Melayu bertujuan untuk mengawal tingkah laku masyarakat untuk kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Adat dalam masyarakat Melayu ialah segala yang berkaitan dengan proses kehidupan manusia bermula ketika sesorang dilahirkan sehinggalah beliau menemui ajal.[18] Adat resam terbahagi kepada dua iaitu adat golongan bangsawan dan adat rakyat biasa.

4.1.1 Adat Istiadat Raja

Terdapat pelbagai jenis adat istiadat raja pada zaman Melayu tradisional. Antara adat istiadat tersebut ialah adat mengadap dan menyembah Sultan di balairung, adat pertabalan dan pelbagai lagi jenis adat yang lain. Kepercayaan terhadap kemuliaan dan keagungan Sultan telah membawa kepada adat menyembah Sultan yang dikenali sebagai ‘adat menjunjung duli’. Adat ini dilakukan oleh pembesar negeri bagi menunjukkan kedaulatan Sultan dan taat setia mereka kepada pemerintah. Kebiasaannya, adat ini hanya dilakukan dalam balairung.

Selain itu, pertabalan sultan juga mempunyai adat yang tersendiri. Terdapat pelbagai protokol dalam perlantikan Sultan. Adat ini dimulakan dengan membersihkan kawasan istana dan seluruh kawasan negeri. Setelah itu, pertabalan Sultan ini akan dihebahkan ke segenap pelosok negeri agar rakyat mengetahui bahawa terdapat pertabalan Sultan yang akan berlangsung. Pertabalan Sultan akan berlangsung dengan penuh adat istiadat dan berakhir dengan majlis santapan. Seperkara yang perlu diingat ialah adat melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali berturut-turut terdapat dalam adat pertabalan Sultan.

4.1.2 Adat Resam Rakyat Biasa

Adat resam rakyat biasa amat penting bagi megawal tingkah laku rakyat demi keharmonian masyarakat pada zaman Melayu tradisional. Adat yang diamalkan oleh rakyat biasa lazimnya seperti adat perkahwinan dan adat menyambut kelahiran. Selain itu, terdapat juga adat lain seperti adat serumah tangga. Adat serumah tangga ialah adat yang berkaitan dengan cara kelakuan dalam rumah dan bersama keluarga. Selain itu, adat menziarahi tetamu juga diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional. Adat ini dimulakan dengan memberi salam kepada tuan rumah, membuka kasut dan membasuh kami sebelum bersalaman dengan tuan rumah. Tetamu yang datang pula perlu diberi hidangan.

Dalam adat perkahwinan pula terbahagi kepada beberapa peringkat. Peringkat yang pertama ialah merisik anak gadis sebelum majlis meminang dengan pihak lelaki memberikan sebentuk cincin kepada perempuan sebagai tanda pertunangan. Selepas itu, barulah tarikh pernikahan akan ditetapkan. Kemuncak perkahwinan adalah adat bersanding dan setelah itu pihak perempuan akan dibawa ke rumah lelaki untuk beberapa hari. Akhir sekali adalah adat kelahiran yang juga mempunyai beberapa peringkat. Semasa tujuh bulan mengandung, adat melenggang akan diadakan dan apabila sudah lahir upacara bercukur rambut akan diadakan menandakan anak tersebut diterima oleh masyarakat.

5.0 PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam masyarakat Melayu tradisional. Pendidikan pada umumnya bercorak pendidikan tidak rasmi dan pendidikan rasmi . pendidikan tidak rasmi termasuklah mengaji Al-Quran, pertukangan, kepahlawanan dan yang berkaitan dengan adat resam Melayu. Corak ini bermula di rumah. Nilai-nilai murni dan budaya selalunya disampaikan melalui cerita lisan, pantun, peribahasa dan gurindam. Apabila Tanah Melayu menerima pengaruh daripada agama Islam, maka terdapat banyak surau dan masjid telah dibina untuk mengajar ilmu agama dan membaca Al-Quran. Dengan itu, bermulalah pendidikan formal. Asas rujukan utama pendidikan zaman dahulu ialah Muqaddam dan Al-Quran. Setelah selesai mengaji Muqaddam dan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran akan dilakukan. Selain itu, pelajar juga mempelajari ilmu fardhu ain serta pendidikan akhlak yang berlandaskan ajaran Islam di samping ilmu mengira, menulis tulisan jawi, tajwid, rukun Islam dan rukun Iman.

6.0 AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Pada awalnya, masyarakat Melayu menganut kefahaman animisme. Kepercayaan ini telah dianut oleh masyarakat Melayu sejak sebelum kedatangan agama Hindu lagi. Animisme merupakan suatu kepercayaan masyarakat Melayu terhadap makhluk-makhluk halus dan kuasa-kuasa ghaib. Seterusnya, pada abad ke-4 masihi, pengaruh Hindu-Buddha telah mula bertapak di Tanah Melayu. Maka, bermula abad ke-4, masyarakat Melayu tradisional mula menganut agama ini. Terdapat dua tempat yang menjadi tapak tersebarnya agama ini di Tanah Melayu iaitu kawasan Kedah Tua dan Langkasuka. Kedatangan agama ini membawa pengaruh dalam kebudayaan masyarakat ketika itu seperti adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Akhir sekali ialah agama Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7. Agama Islam ini datang ke Tanah melayu melalui pedagang daripada China, India dan Tanah Arab. Kedatangan agama ini telah membawa kepada bermulanya sistem pendidikan secara formal dan peraturan yang menjadi garis panduan masyrakat Melayu. Seperkara yang pasti, agama Islam membawa kepada perubahan dalam sistem sosial masyarakat Melayu seperti pentadbiran, pendidikan dan adat budaya.

7.0 KEGIATAN EKONOMI

Kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman Melayu tradisional terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersil. Ekonomi sara diri adalah berbentuk pertanian. Pertanian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan hidup semata-mata dan bukannya untuk tujuan jualan atau perniagaan. Antara tanaman yang paling popular ketika itu ialah penanaman padi. Dalam sistem ekonomi sara diri ini, pekerja atau buruh yang menjalankan aktiviti pertanian terdiri daripada golongan keluarga sahaja. Selain daripada pertanian, pencarian hasil hutan, penternakan, perikanan, perlombongan dan kerja-kerja kemahiran juga terdapat dalam kegiatan sosio-ekonomi masyarakat Melayu tradisional.

Seterusnya, kegiatan komersil adalah kegiatan ekonomi yang bukan sahaja untuk keperluan diri sendiri tetapi juga melibatkan aktiviti perniagaan dan perdagangan. Hasil daripada pertanian yang mempunyai lebihan akan diniagakan. Begitu juga dengan kutipan hasil hutan dan perikanan. Lebih menarik lagi apabila kegiatan ekonomi komersil yang berbentuk perdagangan ini merupakan sumber kewangan utama kerajaan dan masyarakat Melayu tradisional.



8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sistem sosial masyarakat Melayu tradisional merupakan sistem sosial yang kukuh dan teratur. Sistem ini diamalkan zaman berzaman dan masih mempunyai pengaruh sehingga hari ini. Sistem sosial pada zaman tradisional mempengaruhi sistem pemerintahan kita pada hari ini. Contohnya, sistem pemerintahan Malaysia yang bersifat Raja Berpelembagaan yang mempunyai kaitan dengan konsep Daulat dan Derhaka pada zaman tradisional dahulu, Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan unsur-unsur tradisional masih diamalkan sehingga hari ini.

Namun begitu, sejarah telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai pengaruh asing yang mempengaruhi sistem sosial dalam masyarakat Melayu tradisional. Antaranya ialah pengaruh agama Hindu-Buddha dan agama Islam. Elemen-elemen seperti ini telah menyerap masuk dalam budaya masyarakat Melayu tradisional dan terus kekal dalam sosial masyarakat Melayu sehingga hari ini.
















LAMPIRAN

Ulama-ulama Istana
Rajah 1.0: Susun lapis masyarakat Melayu tradisional










RUJUKAN

1. Ismail Hussein, Aziz Deraman, Abd. Rahmanal-ahmadi ,Tamadun Melayu Jilid Dua,Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.
2. Ismail Hussein, Aziz Deraman, Abd. Rahmanal-ahmadi ,Tamadun Melayu Jilid Dua,Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1995.
3. Muhd Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, DBP, 1994.
4. Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti, 2000.
5. Muhammad Yusof Hashim,The Malay Sultanate of Malacca, DBP ,1992.
6. Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fauziah Shaffie, Sejarah pembangunan bangsa dan Negara, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 1994.







[1] Lihat Webster New Twentieth Century Dictionary unabridged second edition, New York 1979 halaman 1853
[2] Mahdi Shuid dan Sazlina Othman, “Sejarah Malaysia”, Selangor, Pearson Longman, 2006, hlm. 2.
[3] Harun Daud, Sejarah Melayu: Satu Kajian daripada Aspek Pensejarahan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, hlm. 26.
[4] W.G Shellabear (ed), Sejarah Melayu, Malayan Publishing House, Singapura, 1961, hlm. 244
[5] Sebagaimana pengalaman Bendahara Tun Perak dengan bantuan beberapa orang pembesar Melaka yang kanan seperti Seri Nara Diraja, Seri Bija Diraja, dan seterusnya menjadi Pemangku Sultan Melaka pada masa Sultan Mansor Syah dikatakan berangkat ke Pulau Jawa. Lihat C.C Brown (ed & tsd), Sejarah Melayu Or Malay Annals, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1970, hlm. 67; W.G. Shellabear, hlm. 116-117.
[6] W.G. Shellbear,hlm. 93-4.
[7] Ibid., hlm. 42.
[8] Ibid., hlm. 80.
[9] Walau bagaimana pun ini tidak muktamad. Seorang Temenggung dapat juga diletakkan bertanggungjawab dalam kegiatan tentera terutama dalam perluasan kuasa jajahan. Lihat W.G Shellabear dan C.c. Brown, passim.
[10] Lim Yock Fang (ed), Undang-undang Melaka, The Hague,1976, Fasal 0;1, 1976, hlm. 63.
[11] Armando A. Corteso (ed & tsd), The Suma Oriental of Tome Pires, The Hakluyt Society, London, 1944, hlm. 265.
[12] W.G Shellebear, passim; C.C. brown, passim.
[13] Liaw York Fang, op.cit., Fasal 12:1, hlm. 40-41.
[14] Ibid, 24:1, hlm. 121-122.
[15] Lihat Fawzi Basri, Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Negeri Perak, Yayasan Perak, Ipoh, 1986, hlm. 200.
[16] Liaw York Fang, op.cit.,Fasal 3, 10,15:2, hlm. 68, 78, 88-92.
[17] Semua peruntukan berhubung dengan kedudukan dan fungsi sosial mereka boleh dirujuk pada Fasal 2:1, 6:4, 8:1, 8:2, 8:3, 12:2, 13:1, 15:1, 15:2, 15:5, 15:6 dan 18:3. Lihat Liaw Yock Fang, op. cit., passim.
[18] Ismail Hamid, Masyarakat dan budaya Melayu, Dewan Bahasa danPustaka, Kuala Lumpur, 1998, hlm. 85

Tuesday, August 11, 2009


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

ASIA TENGGARA: POLITIK DAN MASYARAKAT
SKSE1043

SESI 2008/2009
SEMESTER 1

SOALAN:
BINCANGKAN PERKEMBANGAN SISTEM PERTANIAN DI ASIA TENGGARA

NAMA PENSYARAH:
PROFESOR MADYA KAMARUL ZAMAN ABDUL RAHMAN

NAMA PELAJAR:
SAH REZAN BIN ABDUL SALAM A130115
NOOR ZARINA BINTI HAMZAH A127490

1.0 PENGENALAN

Secara umumnya, istilah “sistem” dapatlah diertikan sebagai
‘A set arrangement of things so related or connected as to form a unity or organic whole… A set of facts, principles, rule etc. Classified or arranged in regular, orderly form so as to show a logical plan linking the varios part.”[1]

Sekiranya dirujuk kepada pengertian ini, maka secara tidak langsung istilah sistem pertanian dapatlah diertikan sebagai sesuatu set fakta, prinsip dan peraturan yang wujud tersusun dan mempunyai perkembangan. Apabila fakta atau bukti, prinsip dan peraturan yang membawa perkembangan ini digabungkan dengan bahagian-bahagian kecil dalam pertanian, maka dapatlah kita ikuti akan bukti peninggalan pertanian dan bagaimana perkembangannya dapat disaksikan dar semasa ke semasa. Dalam konteks pertanian ini, kita dapat meninjau sistem yang digunakan dalam pertanian khusus pada Zaman Neolitik, perkembangan pertania pada zaman tersebut dan apakah fakta yang tersembunyi di sebalik plot kronologi perkembangan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan perkembangan dirujuk sebagai perihal atau proses yang berkembang menjadi maju atau tersebar meluas, pertumbuhan dan kemajuan. Perkataan pertanian merujuk kepada perihal bertani iaitu tanam-tanaman atau perusahaan bercucuk tanam. Manakala, Asia Tenggara pula dikatakan sebagai negara mata angin di anara Timur dengan Selatan.

Perkataan NEO dalam kata majmuk diertikan sebagai baru atau cara baharu. LITHIC pula diertikan sebagai. Kesimpulannya, Neolitik dapatlah dikaitkan dengan peringkat akhir Zaman Batu apabila manusia mula tinggal secara tetap, bercucuk tanam, menternak binatang, mengasah batu dan alatan lain untuk kegunaan seharian.

Maka secara umumnya, dalam tajuk ini kita akan membincangkan tentang sistem pertanian pada Zaman Neolitik yang akan meninjau asal-usul pertania prasejarah, pertanian Neolitik, peralatan pertanian serta revolusi pertanian pada zaman tersebut.


2.0 ASAL-USUL PERTANIAN

Teori Sauer (1952) yang terkenal telah menyatakan bahawa kemunculan pertanian bermula dengan penanaman ubi-ubian dan tanaman lain yang berguna secara vegetatif di kawasan monsun di Asia Tenggara Daratan, khususnya di daerah pantai hyang kaya dengan sumber asli yang sesuai dengan pertanian.selain itu, kawasan pertanian terawal juga dikatan bermula di kawasan yang mempunyai aliran sungai.

Oleh itu, melalui teori ini dapatlah disimpulkan dua aspek utama berkaitan pertanian awal Asia Tenggara iaitu yang pertama, pertanian Asia Tenggara yang melibatkan penanaman pokok buah-buahan dan ubi-ubian secara vegetatif telah lama mendahului pertanian biji-bijian. Manakala, konsep kedua ialah pertanian bermula dalam kalangan masyarakat yang mempunyai kelapangan waktu dan sumber pertanian yang mencukupi bagi memulakan sesebuah pertanian.

Walaubagaimanapun, teori ini bercanggah dengan pendapat yang telah disuarakan oleh gorman (1977) yang mengatakan bahawa padi adalah salah satu tanaman paling terawal dan dibudayakan di Cina dan Daratan Asia Tenggara.

Seterusnya, menurut Mc Corrison and Hole 1991 mengatakan bahawa pertanian muncul akibat daripada reaksi untuk mengatasi tekanan-tekanan demografis terhadap sumber alam sekitar dan peredaran musim atau lingkungan yang mengakibatkan perubahan sumber alam sekitar.

Peter Bellwood mengatakan bahawa terdapat kegiatan ekonomi telah dilaksanakan di Asia Tenggara meliputi penternakan babi dan anjing, serta pertanian padi, tebu (mungkin diambil daripada tebu tanaman yang ditanam di China yang liar, Saccharum siense; Daniels and Daniels 1993), ubi, dan keladi raksasa Alocasia (Wolf 1994; Zorc 1994). Munurut Peter lagi, apabila masyarakat kawasan pedalaman telah berhijrah ke kawasan pesisir pantai pada 2000 SM telah menyebabkan penanaman padi dan bijian berkurangan dan tanaman tertumpu kepada ubi-ubian, pohon buah-buahan dan sebagainya.

3.0 JENIS-JENIS PERTANIAN

3.1 Padi dan Biji-bijian

Padi paling awal ditanam adalah padi jenis liar semusim atau tahunan di China Tengah. Menurut Peter Bellwood, padi yang ditanam berhampiran dengan garisan lintang di atas kawasan garisan khatulistiwa adalah padi yang paling dipengaruhi oleh tempoh waktu siang dan cahaya matahari (Oka 1988). Di kawasan ini memerlukan masa hanya 45 hari untuk mengeluarkan hasil dengan syarat mendapat pancaran cahaya matahari yang mencukupi (Chandler 1979:44) serta perubahan panjangnya siang yang tepat (Oka 1988). Hal ini dapat membuktikan bahawa penanaman padi pada zaman dahulu dipengaruhi oleh keadaan iklim dan kawasan garisan lintang bumi. Hasil tuaian padi akan semakin berkurang apabila kawasan tanaman semakin hampir kepada garisan khatuliswa.

Menurut Spencer (1963;84), penanaman padi di kawasan garis lintang khatulistiwa kan menhasilkan pengeluaran padi yang kurang dan mungkin sama sekali tidak mampu mengeluarkan hasil padi. Walaupun cuaca yang lembap iaitu taburan hujan yang tinggi sepanjang tahun, suhu tinggi pada waktu malam dan tempoh siang adalah tetap akan menghasilkan hasil tani yang lebiah banyak, namun bagi pertanian dan bijian ia akan mengecilkan saiz biji-bijian dan akan menyebabkan tiada buah yang akan masak (Oka 1975; Chang, J.H. 1968). Hal ini secara ringkasnya akan membantutkan hasil keluaran pertanian padi.

Penanaman padi ini kemudiannya semakin dipinggirkan oleh masyarakat apabila pada kira-kira 1500 SM telah berlaku penghijrahan masyarakat ke kawasan pesisir yang turut melibatkan masyarakat di Asia Tenggara. Kejadian ini telah menyebabkan kegiatan ekonomi bercucuk tanam padi telah dilupakan dan tidak lagi dilaksanakan. Walau bagaimana pun, pertanian padi ini masih juga dilakukan oleh sekelompok masyarakat di kawasan Malaysia dan barat Indonesia. Seperkara yang menarik ialah kajian arkeologi terhadap pertanian ini telah membuktikan bahawa pertanian padi terawal masyarakat di Asia Tenggara telah bermula sebelum 2000 SM apabila bukti telah ditemui di Borneo barat. Tidak cukup dengan itu, kajian di Muang Thai telah menunjukkan bahawa penanaman padi telah berlaku di Asia Tenggara pada 2000 SM walaupun Hill (1977) mengatakan bahawa padi kurang penting di Malaysia sebelum masa Funan.

Perlu diingat bahawa terdapat juga jenis tanaman biji-bijian yang lain selain pertanian padi di Asia Tenggara. Antara jenis tanaman biji-bijian yang terdapat di kawasan Asia Tenggara ialah Job’s tear tahunan dan jewawut “perkarang Jepang” Echinochloa frumentacea (Li 1970)juga ditanam di Asia Tenggara, Cuma kuantitinya adalah sedikit berbanding tanaman yang lain. Peter Bellwood mangatakan bahawa walaupun masyarakat yang berhijrah ke kawasan pesisir laut meninggalkan pertanian padi, namun itu tidak bermakna mereka meninggalkan tanaman biji-bijian yang lain seperti Job,s tear.

Sebenarnya, dalam keadaan masyarakat yang berhijrah meninggalkan pertanian padi, terdapat juga golongan masyarakat yang berhijrah dan memusatkan pertanian padi secara tetapdan mungkin juga Enchinochloa. Kelompok-kelompok itu dikatakan bergerak ke arah barat menuju ke Indonesia, Semenanjung Malaya dan Vietnam Selatan. Keadaan ini cukup untuk membuktikan bahawa padi juga selalu penting di daerah yang mempunyai tanah yang subur dan beriklim yang sesuai dengan poenanaman padi pada ketika itu. Contoh kawasan yang sesuai untuk dijadikan kawasan penanaman padi ialah Bali dan Jawa.

3.1.1 Jenis Padi

Terdapat dua jenis padi utama yang telah ditanam di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik iaitu Padi Basah/ Padi Sawah dan Padi Huma.

i) Padi sawah
Padi sawah merupakan padi yang di tanam di dalam petak berair dan memerlukan kuantiti air yang banyak untuk menjamin kesuburan dan kualiti hasil tuaiannya. Oleh itu, padi sawah ini memerlukan system saliran yang amat banyak dalam sesebuah kawasan pertanian sawah. Padi Sawah ini terdiri daripada Oryza Satira.

ii) Padi Huma
Berbanding padi sawah, padi huma tidak memerlukan air yang banyak. Justeru, padi jenis ini kebiasaannya ditanam di kawasan tanah tinggi, bukit dan dataran yang kurang air. Sejarah telah membuktikan bahawa padi huma ini sudah wujud sejak 20 000 tahun yang lalu apabila Puak Butad telah menemui padi huma di lereng Gunung Tfagao yang berketinggian 5000 kaki dari aras laut. Padi huma ditanam oleh kebanyakan suku kaum di kawasan pedalaman seperti di Karen Kachir di Thailand dan Myanmar.


3.2 Umbi-umbian

Penghijrahan masyarakat pedalaman ke kawasan pesisir laut telah membawa kepada perkembangan positif kepada pertanian umbi-umbian dan buah-buahan. Hal ini telah menyebabkan dominasi kedua-dua jenis tanaman ini sekaligus telah menggugat perkembangan pertanian padi dan biji-bijian. Antara umbi-umbian yang terpenting ialah keladi dan ubi.

Ubi yang besar (Dioscorea alata) berasal dari kawasan musim hujan di kawasan Daratan Asia Tenggara sebelah utara (Burkill 1951) dan mungkin ditanam oleh orang Austronesia sepanjang zaman prasejarah itu. Manakala, bagi jenis ubi yang lain dikatakan pertama kali ditanam di Sulawesi dan Indonesia timur-Melanesia (Coursey 1972, 1976). Jika kita dapat melihat akan perkembangan umbi-umbian itu pada hari ini, tanaman jenis ini hanya bertahan di kawasan Taiwan, Mentawai, dan Banggai sementara ubi liar masih menjadi makanan suku kaum pemburu dan pengumpul hasil hutan seperti Negrito dan Tasaday.

Selain itu, terdapat juga keladi kecil (colocasia) atau turut dikenali sebagai Talas sebagai salah satu tanaman umbi-umbian. Tanaman ini dikatakan tidak mempunyai asal-usul kerana ia hidup secara bebas di sepanjang tepi sungai di kebanyakan kawasan Asia Tenggara dan India. Menurut Matthews (1995) menunjukkan bahawa asal-usul Talas yang ditanam merupakan tanaman yang liar dari Colocasia exculenta var. aqualitis, yang tersebar di kawasan India sehingga Australia Utara dan Nugini. Tanaman ini kemungkinan dikatakan ditanam secara persendirian dan tidak ditanam secara perkebunan atau ladang. Keadaan ini turut berlaku kepada tanaman keladi raksasa Alocasia maccrorhizos yang tersebar luas seperti talas kecuali di kawasan Australia dan Nugini.

Sebenarnya, Colocasia merupakan tanaman yang penting bagi masyarakat Asia Tenggara dan merupakan makanan tradisional di beberapa kawasan yang terkenal seperti Nias, Borneo, Utara Luzon dan Lan Yu. Colocasia ini ditanam dengan menggunakan teknik tanaman sawah yang telah diusahakan oleh golongan Yami dan diusahakan secara meluas di kawasan pesisir laut. (Kano dan Segawa 1956).

3.3 Buah-buahan

Buah-buahan juga merupakan tanaman pertanian yang diusahakan oleh masyarakat Asia Tenggara pada Zaman Neolitik. Antara tanaman buah-buahan yang terpenting pada zaman tersebut ialah pisang dan kelapa. Bagi tanaman pisang, tanaman ini telah diusahakan oleh masyarakat tempatan dari spesies eumusa di Indonesia dan Australismusa di Maluku dan Nugini (Simmond 1966). Bentuk-bentuk yang liar daripada kedua-dua jenis ini telah tumbuh di kawasan Halmahera.

Seterusnya, bagi tanaman buah kelapa pula tidak mempunyai asal-usul yang pasti. Tanaman kelapa ini pertama kali diusahakan (atau setidaknya diusahakan secara sistematik) di Melanesia dan sisa-sisa kelapa ditemui di lapisan yang terbentuk sebelum wujudnya manusia di Pulau Aneityum di Vanuatu, jauh di Pasifik sebelah barat (Hope dan Spriggs 1982). Menurut Harries (1978), kelapa berbentuk bulat dan berkulit nipis. Namun, pada hari ini kita melihat kelapa yang ditanam di Thailand dan Kepulauan Asia Tenggara berbentuk memanjang dan bersabut tebal.

Selain itu, terdapat juga tanaman sagu yang menghasilkan zat tepung (Metroxulen, Corypha, Arenga dan Caryota) juga berasal dari kawasan khatulistiwa di Indonesia dan Melanesia (Ruddle et al. 1978) manakala sagu jenis Eugeissona terbatas di kawasan Borneo dan Malaysia. Yang pasti, kesemua jenis sagu ini mengandungi khasiat yang tersendiri.

Tidak cukup dengan itu, terdapat lagi beberapa tanaman buah-buahan yang wujud di Asia Tenggara tetapi sedikit iaitu buah sukun, pandan, rambutan dan durian. Tanaman buah-buahan ini berkembang dengan pesat kerana penanaman buah-buahan tidak memerlukan pengetahuan untuk mengusahakannya.

3.4 Perladangan

Semasa zaman Neolitik, pertanian dilakukan adalah bersifat pertanian pindah. Hal ini kerana masyarakat pada ketika itu adalah masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat nomad. Pertanian pindah merupakan asas kepada pertanian berbentuk ladang di Asia Tenggara. Pertanian pindah ini jika diteliti dengan terperinci masih diamalkan sehingga hari ini di kawasan Kepulauan Asia Tenggara. Sistem pertanian pindah berbeza mengikut tahap kesuburan dan kawasan pertanian yang diusahakan. Sistem ladang ini dipengaruhi oleh faktor sosial dan ekologi. Namun demikian, pertanian pindah ini dapat menembangkan populasi masyarakat moden dengan kepadatan sehingga 60 orang per km2 (Freeman 1955; C. Geertsz 1963; Spencer 1966; Unesco 1978).

Pertanian ladang tradisional di Kepulauan Asia Tenggara secara umumnya memerlukan tanaman yang mempunyai tempoh tanaman yang pendek iaitu antara satu hingga dua tahun sebelum mendapat hasilnya. Dalam tempoh ini mempunyai masa selang yang panjang (misalnya Freeman 1955; Rousseau 1977) untuk tujuan membersihkan kawasan pertanian agar tidak mengganggu kesuburan tanah yang akan menjejaskan tanaman (Savoy. 1973b)

Sebenarnya, sistem pertanian ladang ini bergantung kepada kualiti tanah yang diperoleh daripada pembakaran tanah sebelum menjalankan aktiviti perkebunan. Kualiti ini disebut sebagai hara tanah. Hara tanah selalunya terdapat pada permukaan tanah selepas pembakaran dijalankan. Walau bagaimana pun, hara tanah ini akan terkiis jika sesuatu pertanian itu mengambil masa yang agak lama untuk dituai. Akibatnya, akan wujud kawasan lalang yang akan membantutkan pertumbuhan tanaman. Lalang-lalang liar yang tumbuh di kawasan pertanian ini akan menyebabkan perpindahan pertanian akan berlaku lebih kerap.

Walaupun pertanian pindah ini melibatkan perpindahan masyarakat dari suatu tempat ke suatu tempat, perpindahan ini tidak menunjukkan berlakunya perluasan kuasa atau pengaruh oleh sesebuah golongan. Namun, perpindahan tersebut adalah untuk tujuan pertanian semata-mata. Contohnya, orang Monog Gar dari kawasan Vietnam perlu berpindah stiap tujuh tahun (Condomias 1980) dalam tempoh yang tertentu sehingga mereka akan kembali ke kawasan yang pernah mereka diami sebelumnya. Kaedah perpindahan ini turut dilakuakan oleh orang Kayan di Borneo (Hose dan McDougall 1912). Berbanding masyarakat Iban di Sarawak merupakan suku klasik yang melakukan perpindahan sehala yang memaksa masyarakat ini berpindah sejauh 300 km sekali dalam hidup (Freeman 1955:25,1970:286). Masyarakat Iban ini akan memilih hutan perawan untuk dimajukan sebagai kawasan pertanian sehingga mereka terpaksa berpindah lagi.


4.0 TAHAP PERTANIAN NEOLITIK

Pertanian pada zaman neolitik merupakan pertanian yang yang dilihat sebagai zaman yang menjadi medium kepada perkembangan sistem pertanian pada zaman prasejarah. Sesungguhnya, perkembangan ini mempunyai tahap-tahap yang beza-beza. Secara umumnya, terdapat tiga tahap utama pertanian di Asia Tenggara[2].


4.1 Tahap Pertama

Tahap pertama ini adalah tahap permulaan kepada perkembangan sistem pertanian di Asia Tenggara pada Zaman Neolitik. Dalam tahap ini, pertanian berpusat di China selatan, Taiwan, dan Utara Filipina iaitu sekitar 5000 dan 2000 SM. Pada tahap ini, kegiatan ekonomi masyarakat sudah dapat dilihat berlaku percampuran di antara pertanian dan perikanan. Pertanian pada ketika itu adalah pertanian padi dan jewawut. Padi dikatakan ditanam di kawasan paya atau rawa aruvial. Kaedah ini sama seperti yang diprraktikan di Borneo pada hari ini.

Namun, pertanian padi di kawasan paya ini tidak kekal lama apabila populasi semakin ramai. Pertanian padi kemudiannya telah beralih kepada pertanian berbentuk tanah kering berpindah. Dengan itu, pertanian padi telah telah berkembang dan mula ditanam dikawasan dataran tinggi. Perubahan kawasan pertanian yang berbeza ini memerlukan masyarakat memilih variasi tanaman yang mempunyai akar yang panjang ke dalam tanah bagi mencari air, tidak dipengaruhi oleh cahaya matahari dan mampu masak lebih awal agar terhindar daripada musim panas (Chang, T.T 1976a;1989)

4.2 Tahap Kedua

Tahap kedua pertanian Asia Tenggara pada Zaman Neolitik menyaksikan masyarakat bergerak ke zon khatulistiwa pada 2000 SM. Pergerakan ini telah menyebabkan pertukaran jenis tanaman dan sistem petanian di Asia Tenggara. Tanaman padi dan biji-bijian telah digantikan dengan pertanian tanaman umbi-umbian dan buah-buahan. Sistem pertanian berubah juga telah berubah kepada sistem pertanian yang agak kekal.

Jika kita teliti pada tahap pertama memerlukan pembakaran tanaman untuk menyiapkan kawasan pertanian yang memerlukan kawasan tersebut terdedah kepada cahaya matahari yang secukupnya, pembukaan tanah pada tahap kedua yang berhadapan dengan kawasan khatulistiwa bukan sesuatu yang mudah. Hal ini disebabkan oleh kawasan khatulistiwa adalah kawasan yang lembap dan sudah pasti tumbuhan dan pokok-pokok hutan subur menghijau dan kawasan hutan lebih besar. Hal ini menyebabkan kesukaran dalam pembersihan kawasan jika dibandingkan dengan peralatan pada masa itu. Keadaan seperti ini akan menyebabkan masyarakat tidak dapat membuka kawasan pertanian yang luas bagi penanaman biji-bijian yang memerlukan cahaya matahari seterusnya menekankan penanaman pohon buah-buahan dan umbi-umbian yang tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak.

Tindakan masyarakat seperti ini dilakukan oleh Orang Nuaulu di Seram yang terletak di kawasan khatulistiwa. Masyarakat menanam talas, ubi, pisang dan sagu liar di kebun-kebun dengan cara tumpang sari dengan tanaman-tanaman yang lain termasuklah tebu, kelapa dan ketela. Selain itu, kawasan Mentawai, Sumatera juga telah menjalankan pertanian dengan menanam sagu, talas, dan pisang. Tanaman-tanaman ini tidak memerlukan pembakaran sebelum ditanam tetapi hanya memerlukan pembersihan kawasan sekeliling bagi memudahkan pertumbuhan tanaman tersebut.

Justeru, pola pertanian Asia Tenggara telah meningkat sekitar tahun 2000 SM di kawasan atau wilayah khatulistiwa dan dataran tanah rendah yang selalu berair[3]. Walau bagaimana pun, harus diingatkan bahawa sistem pertanian umbi-umbian dan buah-buahan berkembang secara sendiri di Nugini.

4.3 Tahap Ketiga

Sehingga 3000 tahun yang lalu, sistem pertanian di Asia Tenggara masih menjalankan sistem pertanian pindah atau dikenali sebagai pertanian rawa. Dalam pertanian ini, penanaman biji-bijian cukup menonjol di kawasan sebelah utara seperti Taiwan, Filipina dan mungkin Jawa serta beberapa lagi pulau sunda kecil yang kering. Namun begitu, terdapat juga kawasan khatulistiwa yang turut menjalankan penanaman biji-bijian seperti di pulau-pulau sebelah barat iaitu Sulawesi dan Borneo. Walaubagaimanapun, terdapat bukti yang kuat untuk menyatakan bahawa umbi-umbian dan buah-buahan sudah lama berkembang di Asia Tenggara.

Pada tahap ketiga pertanian Zaman Neolitik ini dapat dilihat berlaku pergeseran kawasan penanaman padi apabila padi mula ditanam di kawasan sawah dan ketika itulah wujudnya pertanian padi basah. Hal ini berkembang sejajar dengan pergeseran pertanian talas di kawasan empangan (Kirch dan Lepofsky 1993).

Kita amat mengetahui bahawa sawah atau permatang yang berair memerlukan kuantiti air yang banyak untuk menjalankan pertanian. Oleh itu, pertanian jenis ini amat memerlukan tadahan air yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti pertanian. Selaras dengan permintaan tersebut, maka terciptalah saluran buatan (sistem irigrasi) yang menjadi saluran air memasuki kawasan sawah. Selain itu, kaedah jaringan papan dam di atas tanah yang datar atau teras pada lereng bukit turut digunakan bagi mendapatkan sumber air.

Sejarah telah mencatatkan bahawa aktiviti padi sawah sudah dilaksanakan di Vietnam Utara sejak sekitar 200 SM (Wheatley 1965). Terdapat bukti arkeologi bahawa pertanian sawah semakin berkembang pada Zaman Besi di kawasan ini dan Thailand Utara, seiring dengan penggunaan kerbau untuk tujuan membajak (Higham 1989:198-200).

Pada tahap ketiga ini, pertanian padi sawah umumnya tidak terdapat di kawasan yang mempunyai penduduk yang kurang. Lebih menarik apabila sistem tanaman padi ini telah berkembang dengan pesatnya di tanah gunung berapi dan aluvial yang subur seperti di kawasan Jawa dan Bali. Perkembangan tanaman padi di kedua-dua buah kawasan ini telah membawa kepada perkembangan populasi di kawasan tersebut.

Peter Bellwood menyifatkan bahawa penanaman padi di sawah basah lebih cepat matang berbanding padi yang ditanam di kawasan kebun kering. Hal ini disebabkan oleh air sawah mempunyai nutrisi dan perangkap nitrogen yang baik tanpa perlu membuat batas.

5.0 PERALATAN

5.1 Peralatan Tangan

Dalam sistem pertanian di Asia Tenggara semasa Zaman Neolitik, terdapat pelbagai jenis peralatan yang digunakan bagi memudahkan sistem pertanian pada ketika itu. Peralatan yang digunakan semasa zaman tersebut masih menggunakan alat-alat yang berasaskan batu dan kayu. Namun, perlatan yang digunakan lebih mementingkan nilai estetika dan kelicinan. Antara peralatan yang digunakan adalah cangkul daripada tulang belikat haiwan, peliut dan alat dari tulang seperti tulang babi dan anjing peliharaan seperti yang ditulis oleh Peter Bellwood dalam karyanya Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia[4]. Selain itu, Peter juga mengatakan bahawa kapak lonjong dan beliung persegi yang serupa dengan budaya Ta-P’en-Keng di Taiwan selain tangkai beliung menyiku.

Selain itu, penggunaan tenggala juga digunakan dalam aktiviti pertanian pada zaman tersebut. Selepas penggunaan tenggala[5], penggunaan bajak telah ditemui sekitar tahun 3000 dahulu bagi memudahkan proses menggembur tanah pertanian terutama padi.

5.2 Mesin dan Teknologi

Semasa pertanian Zaman Neolitik memasuki tahap yang ketiga, pertanian padi telah berubah corak daripada pertanian di tanah kering kepada pertanian di kawasan sawah. Ekoran daripada perubahan ini telah membawa kepada penemuan sistem pengairan yang diperlukan bagi mengairi sawah padi. Salah satu sistem pengairan yang dilakukan pada zaman tersebut ialah sistem irigrasi.

Sistem irigrasi atau sistem pengairan buatan yang dibuat pada zaman tersebut adalah susunan seperti jaring-jaring papan dam di atas tanah ang datar dan mungkin dibentuk teras-teras pada lereng bukit yang curam dan kemudian disalurkan ke kawasan sawah padi[6].

Roda juga mula ditemui ditemui pada sistem pertanian di Zaman Neolitik. Roda pada asalnya digunakan untuk dijadikan alat yang memudahkan proses pengangkutan bahan dan hasil tanih dari suatu tempat ke suatu tempat[7]. Selalunya, roda ini digunakan bersama dengan haiwan seperti kuda dan kerbau. Di samping itu, roda juga turut digunakan bagi proses mengalirkan air ke kawasan pertanian.

6.0 PENTERNAKAN

Penternakan juga terdapat dalam Zaman Neolitik. Penternakan ini amat penting dalam sistem pertanian kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan pertanian. Antara haiwan yang diternak pada zaman tersebut ialah babi, anjing dan kuda[8]. Binatang-binatang ini digunakan bagi membantu aktiviti pertanian yang dijalankan oleh masyarakat pada zaman tersebut.





7.0 KESIMPULAN

Daripada penerangan dan kupasan mengenai perkembangan sistem pertanian di Asia Tenggara yang berfokuskan Zaman Neolitik ini, terdapat beberapa input yang boleh kita sentuh dan jadikan pegangan kita. Salah satunya ialah, pertanian terawal di Asia Tenggara ialah pertanian umbi-umbian dan buah-buahan walaupun ada yang mengatakan padi dan biji-bijian itu wujud lebih awal. Selain itu, dalam pertanian Zaman Neollitik terdapat tiga tahap utama yang memberikan gambaran perubahan dan perkembangan sistem pertanian pada zaman tersebut.

Secara keseluruhannya, pertanian pada Zaman Neolitik merupakan asas atau permulaan kepada perkembangan sector pertanian dunia. Penemuan teknologi seperti roda member kesan yang baik terhadap kemajuan pertanian di zaman prasejarah.



















LAMPIRAN
Gambar 1.0: Gambar menunjukkan artifak-artifak dari lapisan 4 Hemudu, kira-kira 5000 SM: (a-c) tanah liat berbentuk cakram kecil yang berlubang, mungkin kumparan atau hiasan; (d) gagang beliung dari kayu;(e) sekop kayu (?), benda-benda lain yang diperlihatkan adalah lancipan tulang dan peliut (kanan atas), benda-benda kayu (kiri bawah), dan beliung-beliung batu, termasuk satu beliung yang baru dibentuk (kanan bawah). Daripada Cheking 1978.





Padi, jewawut berjambul, job’s tears (diusahakan)
Job’s tear (liar)
Jewawut jari
Jewawut biasa
Jewawut perkarangan Jepun
Gambar 1.1: Batas-batas sebelah timur di pulau-pulau Asia Tenggara. Jewawut Jari= Eleusine coracana dari india; jewawut biasa= Panicum miliceum dari China; jewawut pekarangan Jepun= Echinochoa frumentacea; jewawut ekor rubah= Setaria italic; Airmata Ayub (Job;s tears)= Coix lachmryma-jobi. Daripada Ishige 1980. National mUseum Of Ethnology, Osaka.

Gambar 1.3:

RUJUKAN

1. Peter Bellwood, Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia (Edisi Indonesia), PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta.
2. Sivachandranlingan Sundara Raja, Tamadun Dunia, Fajar bakti, Batu Arang Selangor, 1999.
3. Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Datu et.al, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Timur, Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 1990.
4. Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 2000.
5. Peter S Bellwood, Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago, University of Hawaii Press, 1997
6. http://www.geocities.com/cominglucky/neolitik.htm
7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Neolitik_di_Malaysia










[1] Lihat Webster New Twentieth Century Dictionary unabridged second edition, New York 1979 halaman 1853
[2] Peter Bellwood, Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia (Edisi Indonesia), 1980 halaman 363
[3] Peter Bellwood, Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia (Edisi Indonesia), PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 2000 ,hlm 365.
[4] Ibid hlm 309
[5] Sivachandranlingan Sundara Raja, Tamadun Dunia, Fajar bakti, Batu Arang Selangor, 1999,hlm 8.
[6] Peter Bellwood, Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia (Edisi Indonesia), PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 2000, hlm 366.
[7] Sivachandranlingan Sundara Raja, Tamadun Dunia, Fajar bakti, Batu Arang Selangor, 1999,hlm 592.
[8] Peter Bellwood, Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia (Edisi Indonesia), PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 2000, hlm 322.