THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, July 20, 2009

TAMADUN

menurut Ibnu Khaldun, menerusi buku karyanya yang berjudul Al-Mukaddimah mengatakan bahawa tamadun merujuk kepada perkataan 'umran' yang membawa erti tamadun. manakala Barat pula mengungkaakan tamadun dalam perkataan 'Civilisation' pada abad ke 18 namun istilah itu hanya digunakan di barat pada ketika itu. seterusnya Dewan Bahasa dan Pustaka pula menyifatkan tamadun sebagai 'kebudayaan, kemajuan dan peradaban.'

menurut istilah Arab, tamadun dirujuk kepada perkataan Maddana atau Madana yang membawa maksud pembangunan kawasan (meterial) dan akhlak (rohani). maddana juga dikaitkan dengan perkataan Madinah yang membawa maksud bandar, mudun ( bandar-bandar) dan perkatan modern. seterusnya pandangan islam pula mengatakan bahawa tamadun dirujuk dengan perkataan bahasa arab yang berbunyi 'Al-Din' yang bermaksud cara hidup... sebab itu Islam dikatakan bukan sebuah agama tetapi sebuah cara hidup yang merangkumi agama, politik, ekonomi dan sebagainya yang membawa maksud cara hidup.

secara konklusinya.... Tamadun dapat diertikan dengan enam istilah utama iaitu Umran, Hadarah, Madaniyyah, Thaqafa, Nahdah dan Tamaddun.

perkataan pertama yang merujuk kepada ketamadunan ialah Umran dan hadarah. Umran berasal daripada perkataan Amra yang membawa maksud tempat tinggal. manakala Hadarat pula membawa maksud 'kehidupan menetap' dalam satu wilayah, daerah, bahagian ibu kota, bandar dan kampung. pada kurun ke 20 barulah perkataan Madaniyyat dijadikan istilah bagi merujuk erti tamadun. selain itu, dalam bahasa melayu yang turut dipengaruhi dengan istilah arab mengatakan tamadun sebagai sebuah perdaban. dari segi bahasa tamadun disimpulkan sebagai pembangunan dari segi dua aspek utama iaitu rohani dan jasmani atau lebih dikenali sebagai istilah berkonsepkan spiritual dan fizikal.

0 comments: