THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 18, 2009

BAGAIMANA EMPAYAR ALAM MELAYU MENGUKUHKAN KEGEMILANGANNYA...

Empayar merupakan sesebuah kerajaan yang memerintah dan mentadbir sesuatu kawasan dan sesebuah kawasan jajahannya. di nusantara, terdapat tiga empayar yang terkenal dengan keagungan pemerintahannya iaitu Empayar Melaka, Empayar Srivijaya dan Empayar Majapahit. ketiga-tiga empayar ini dikenali sebagai Empayar Alam Melayu. sememangya, empayar ini terkenal dan mahsyur pada abad ke-15. namun, semestinya terdapat pelbagi faktor yang menyebabkan empayar Alam Melayu dapat mengukuhkan kegemilangannya.
Salah satu faktor yang menyebabkan empayar Alam Melayu dapat mengukuhkan kegemilangannya ialah kedudukan yang strategik. kedudukan yang strategik amat penting untuk memastikan sesebuah kawasan itu dikenali dan mahsyur di mata dunia. jika kita teliti kedudukan Empayar Melaka umpamanya, kita amat mengetahui bahawa empayar ini amat strategik kerana berada di tengah-tengah laluan pedagang dari tanah besar china ke india dan arab. tidak cukup dnegan itu, melaka jaga terlindung daripadsa tiupan angin monsun barat daya dan tiupan angin monsun timur laut. kelebihan yang dimiliki oleh melaka inilah menjadikan ia sebuah tempat persinggahan para pedangan dari china, india dan arab untuk berlindung daripada tiupan angin monsun untuk beberapa ketika. apabial melaka menjadi tempat persinggahan para pedagan dunia, sudah pasti secara tidak langsung ia akan terkenal di mata para pedagang dan sekali gus dapat membolehkannya mengukuhkan kegemilangannya. jadi, jelaslah bahawa kedudukan yang strategik merupakan faktor empayar alam melayu dapat mengukuhkan kegemilangannya.
selain itu, faktor perkahwinan juga merupakan elemen penting bagi empayar alam melayu mengukuhkan kegemilangannya. perkahwianan adalah ikatan yang terjalin daripada dua buah pihak melalui ikatan pernikahan. ikatan pernikahan atau perkahwinnan inilah yang dijadikan oleh para pemerintah pada zaman dahulu untuk memperluaskan pengaruhnya. sebagai contoh, sultan melaka telah mengahwini puteri raja pasai dan akibat daripada perkahwinan tersebut, kekuatan melaka dan pasai dapat ditingkatkan. kerjasama politik dan diplomasi juga membantu kedu2 kawasan ini maju seiring dan muncul sebagai sebuah empayar yang maju. sedar atau tidak sebenarnya melalui kronolgi cerita perkahwianan ini membantu empayar alam melayu mengukuhkan kegemilangannya.
LAIN-LAIN FAKTOR:
KEWIBAWAAN PEMIMPIN
patih maja gajah
hayam wuruk
KETENTERAAN DAN PERTAHANAN
tun perak
penggunaan lanun dan orang laut
HUBUNGAN DIPLOMASI
diplomasi dengan china
ufti tanda terima kasih
HASIL BUMI
banyak hasil bumi
cukai yang berpatutan

0 comments: